Friday, 9 September 2016

Filled Under:

3 Lelaki Membantu Tukar Tayar Maut Di Langgar Lori

3 Lelaki Membantu Tukar Tayar Maut Di Langgar Lori


KUALA LANGAT - Tiga lelaki yang sedang menukar tayar kereta bocor, maut selepas dilanggar lori di Kilometer 21.9 Lebuhraya ELITE berhampiran RNR Dengkil, jam 1 tengah hari tadi, lapor Harian Metro.



Siasatan awal pihak polis mendapati, pemilik kereta pacuan empat roda, Leong Chee Keong, 49, Md Monirul Islam, dan seorang lagi lelaki yang belum dikenalpasti identitinya berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar bocor.

Bagaimanapun, lori yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas, 57, hilang kawalan lalu terbabas melanggar kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Kemalangan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat. Manakala pemandu lori tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan. -





0 comments:

Post a Comment