Sunday, 11 September 2016

Filled Under:

Bila Suami Dah 3 Kali Kantoi Menipu Isteri, Bersedialah...

Bila Suami Dah 3 Kali Kantoi Menipu Isteri, Bersedialah...
Kaum suami kena berhati-hati kalau isteri anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  1. Bila isteri pandai memandu kereta sendiri
  2. Bila isteri boleh menjaga dan menguruskan anak-anak walaupun 2, 3, 4 hari atau sebulan ataupun setahun tanpa korang yang terlalu sibuk bekerja.
  3. Bila isteri sudah tidak lagi menghantar mesej "Selamat pagi", "Good Morning!", "Selamat Malam" pada anda.
  4. Bila isteri boleh mencari duit sendiri dan tidak meminta duit anda untuk membeli keperluan dirinya atau keperluan rumah (memandangkan suami jenis yang susah nak menghulur duit kepada isteri)
  5. Bila anda sudah kantoi lebih dari tiga kali menipu isteri (isteri dah mula tawar hati)
  6. Bila dia sudah tidak kisah dengan makan minum anda. Isteri bukannya orang gaji atau perempuan simpanan. 
Zaman sekarang sudah berubah cik abang oi! Kau tak menghargai isteri kau, dia tak kisah pun kau wujud ke tidak. Dia boleh buat semuanya sendiri. 
Jangan ingat title 'suami' itu sudah cukup hebat untuk kau gunakan sesuka hati. Jangan acah-acah bujang di luar kalau anak sudah berderet di rumah. Perempuan ini, kalau tak layan, dia takkan menjadi-jadi. Kalau dilayan itu yang menjadi-jadi. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat. 
Buktikan cinta itu bukan hanya pada kata-kata tetapi pada perbuatan agar dia merasa terhormat dan dihargai. Cintailah isteri kerana Allah. - Facebook | Kredit PIXEL MEDIA





0 comments:

Post a Comment