Panduan Cara Solat Sunat Aidiladha Hari Raya Korban
Panduan cara solat sunat Aidiladha atau Hari Raya Korban. Solat Iduladha adalah sunat dilakukan secara berjemaah sebaik sahaja terbitnya matahari. Berikut adalah cara menunaikan solat sunat Aidiladha pada setiap 10 Zulhijjah. Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada umat islam untuk menambah pahala dengan menunaikan solat sunat di pagi Aidiladha.
Hukum Solat Sunat Aidiladha Hari Raya Korban
Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga Baginda wafat. Bahkan Baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya. Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.
Azan Dan Iqamah
Waktu Solat
Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu fardhu Zohor.
Panduan Cara Solat Sunat Aidiladha
Solat hariraya Aidiladha mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW seperti:
Khutbah
Membaca dua Khutbah hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh kali berturut-turut.
Sumber: Panduan Cara Solat Sunat Aidiladha Hari Raya Korban | melvister.com
0 comments:
Post a Comment