Monday, 12 September 2016

Filled Under:

'Pandai-Pandai Kaulah Nak Balik Kangar' - Pemandu Bas

'Pandai-Pandai Kaulah Nak Balik Kangar' - Pemandu Bas

KANGAR - Seorang penumpang bas ekspress membuat laporan polis terhadap dua pengusaha bas yang didakwa telah menipu dan menganiayanya bersama beberapa penumpang lain, pada Jumaat lalu.



Sukasa Md Ahmad, yang telah membeli tiket bas untuk pulang ke Kangar, terkandas di Alor Setar selepas pemandu bas ekspress berkenaan enggan menghantarnya dan beberapa penumpang yang lain ke destinasi yang telah dinyatakan dalam tiket.

"Jumaat lalu pada jam lebih kurang 6 petang, saya telah menaiki bas Swarna Bumi dari Terminal Bersepadu Selatan, Jalan Terminal Selatan, Bandar Tasik Selatan untuk perjalanan balik ke Kangar, Perlis seperti yang tertera pada tiket yang telah dibeli.

"Setiba di Tol Sungai Petani, saya dan beberapa penumpang yang lain diminta untuk membuat pertukaran bas dan menaiki bas Syarikat Eskpress Kesatuan WUN3799 untuk menyambung perjalanan balik ke Kangar. Tetapi setibanya di Stesen Bas Sahab Perdana, Alor Setar pada jam 3.30 pagi, kami diarahkan turun sedangkan kami belum lagi tiba di destinasi.

"Saya bertanya pada pemandu bas tersebut adakah saya akan mendapat bas yang lain untuk pulang ke Kangar. Tetapi pemandu itu memberikan jawapan agar saya menguruskan sendiri cara untuk balik ke Kangar. Sedangkan itu adalah tanggungjawab beliau untuk menghantar saya bersama penumpang yang lain sampai ke destinasi seperti yang tertera di dalam tiket tersebut," katanya.



"SPAD dan JPJ, tolonglah ambil tindakan. Kasihan pada kami. Beli tiket balik Kangar, mereka dengan bangganya suruh turun di Alor Setar. Selepas itu dengan berlagaknya cakap, 'Lantak engkaulah. Pandai-pandai kaulah nak balik Kangar'. 

"Tolonglah kami yang ditindas dan diperlakukan seperti Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kami rakyat Malaysia yang merdeka, bukannya PATI yang boleh ditindas dan dianiaya sesuka hati," rayunya. -




1 comments:

  1. What's the biggest bonus code at MGM National Harbor?
    A detailed guide to getting started with MGM National Harbor on December 8th, 2021. 경기도 출장마사지 Learn how to 대전광역 출장샵 use 속초 출장샵 promo codes and what bonuses are 하남 출장마사지 offered to 양주 출장마사지

    ReplyDelete