Monday, 12 September 2016

Filled Under:

Jangan Marah Anak Bila Mereka Sepahkan Barang Mainan, Ini Sebabnya!

Jangan Marah Anak Bila Mereka Sepahkan Barang Mainan, Ini Sebabnya!
Kenapa anak-anak kecil suka sepahkan barang mainan mereka? 
Lazimnya, si kecil lebih suka menyepahkan barang mainan mereka. Lagi nampak bersepah, lagi mereka gembira. Kenapa begitu? Ibu bapa tak ajar anak mereka berkemas ke? Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak. 
Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan berfikir bahawa jika benda itu ada di depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil barang mainan mereka, mereka akan cepat bertindak balas sama ada melalui tangisan atau sebagainya. 
Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada di depan mata, mereka okay. Tetapi bila kita 'hilang' seketika untuk ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka. 
Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas seorang-seorang. Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada, tetapi ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada! 
Fenomena ini dipanggil sebagai Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Pra-operasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun). Buat dan cakaplah bagaimana sekali pun, mereka akan tetap menganggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat. 
Berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka 'ada' bila ia dapat dilihat. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka). 
Jadi, ibu bapa, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak mengajar anak pandai mengemas untuk memenangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar, tetapi kena tepat pada masanya. Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka. 
Solusinya? Terpulang, kalau saya, saya akan sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Dia nak sepahkan ke, kemas ke, campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.




0 comments:

Post a Comment