Monday, 12 September 2016

Filled Under:

Allahuakbar!!Sedihnya Kisah Anak Ini..."Saya Sedia Ganti Nyawa Saya Padanya"- Ibu

Allahuakbar!!Sedihnya Kisah Anak Ini..."Saya Sedia Ganti Nyawa Saya Padanya"- Ibu

Pasir Mas: Tiada lagi tawa riang dan keletah nakalnya bermain bersama sepupu dan rakan sejak anak tunggal pasangan suami isteri, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, dan Siti Nor Fatihah Mohd, 22, itu disahkan menghidap Naso-Pharyngeal Carcinoma atau kanser rongga hidung, dua bulan lalu.

Kehidupan Ummu Najwa Nasuha Mohd Zulkifli, 4, berubah sekelip mata selepas disahkan menghidap kanser itu dan kini hanya terlantar di rumahnya.



Lebih menyedihkan, mata kiri Najwa semakin membengkak sehingga merebak ke mata kanan, malah ketumbuhan di hidung juga membesar selain leher membengkak sekali gus menjejaskan pertuturan dan pemakanannya.

Najwa kini hanya bergantung kepada air untuk mengurangkan lapar.

Siti Nor Fatihah berkata, dia tidak menyangka anak tunggalnya menghidap kanser rongga hidung kerana tidak pernah menunjukkan sebarang tanda penyakit berkenaan sejak lahir.

“Seminggu selepas Aidilfitri, Julai lalu, Najwa beritahu mata kirinya berasa tidak selesa.

“Selepas diperiksa, saya dapati mata kiri juling dan tidak dapat bergerak sebelum dia dibawa ke Hospital Tumpat bagi mendapatkan rawatan.

“Namun, Najwa dibenarkan pulang dan beberapa hari selepas itu, matanya membengkak dan saya dapati ada ketumbuhan hitam di dalam hidungnya menyebabkan dia sukar bernafas.

“Selepas itu, Najwa terus dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi mendapatkan rawatan sebelum dia dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan disahkan menghidap kanser,” katanya di Kampung Apa-Apa, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika dirawat di hospital, doktor memberikan dua pilihan sama ada anaknya mengikuti rawatan kemoterapi atau menjalani pembedahan.

“Pada mulanya saya mahu anak menjalani pembedahan kerana ia cara paling pantas membuang kanser dalam rongga hidung namun selepas dimaklumkan peluangnya hanya 50-50, saya memohon kebenaran doktor untuk mencuba rawatan alternatif.

“Walaupun menggunakan rawatan alternatif, keadaan Najwa sentiasa dipantau pegawai perubatan yang berkunjung ke rumah dua minggu sekali bagi melakukan ujian serta pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Bagi Mohd Zulkifli, dia sudah kering air mata mengenangkan nasib menimpa anaknya kerana mereka berdua cukup rapat, malah permintaannya tidak pernah dihampakan.

“Jika boleh ditukar ganti, saya sanggup menggantikan tempat anak kerana saya sudah tidak sanggup melihat dia menderita,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga itu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional milik Siti Nor Fatihah di nombor 0300741000176135.




0 comments:

Post a Comment