Bayi Meninggal Dalam Kandungan?'Allahu Beratnya Dugaan Kau, Adikku...'
AMPANG - Hasrat pasangan suami isteri mahu menimang cahaya mata sulung terpaksa dilupakan apabila bayi yang sepatutnya dilahirkan pada 30 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia dalam kandungan si isteri.
Perkongsian dari Fiza Kamarudin mengenai nasib yang menimpa adik perempuannya itu dikongsikan di laman Facebooknya menerima 3,707 perkongsian.
"Allahu, beratnya dugaan saya. Dia sepatutnya bersalin pada hujung bulan Ogos, tetapi telah ditakdirkan Allah SWT, bayinya meninggal dunia," katanya.
Namun, apa yang membuatkan beliau terkilan dan kecewa ialah tindakan pengurusan PAC hospital berkenaan yang didakwanya cuai sehingga menyebabkan bayi adiknya meninggal dunia.
"Sepanjang tempoh seminggu overdue, adik saya berulang-alik ke hospital enam hingga tujuh kali kerana sakit perut. Tetapi doktor mengarahkan dia balik dulu dan datang jika ada tanda-tanda seperti keluar lendir, darah dan air ketuban pecah.
"Selasa lalu, adik saya sekali lagi pergi ke hospital tersebut kerana sakit kuat, keluar lendir. Tetapi disuruh pulang juga kerana doktor mengatakan bahawa itu tanda biasa dan bayinya normal.
"Saya sudah mula rasa tidak kena kerana saya dahulu juga overdue tetapi bila ada bukaan 2 sentimeter, saya terus ditahan di wad. Tetapi mengapa adik saya tidak walaupun tanda-tanda sudah ada? Bukankah sepatutnya dia dipantau?" ujarnya.
Walaupun begitu, mereka akur dan mendengar nasihat doktor.
Namun pada jam 10 pagi Khamis, setelah sejam menghantar adiknya ke hospital, ibu Fiza menerima panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan bahawa bayi yang dikandung adiknya mempunyai masalah.
"Di hospital, doktor pakar pula bertanya mengapa adik saya tidak dimasukkan ke wad lebih awal selepas datang ke PAC dan ada tanda-tanda bersalin? Sehingga ke saat ini keluarga saya yang berada di hospital yang menemani adik saya tidak diberi keterangan langsung oleh pihak hospital tentang punca kematian cucu mereka.
"Saya terima qada dan qadar Allah tetapi saya minta pihak hospital ini berikan penjelasan mengapa bayi tersebut meninggal dunia? Kenapa adik saya disuruh pulang walaupun sudah ada tanda-tanda bersalin?" luahnya kesal. -

0 comments:
Post a Comment