Monday, 12 September 2016

Filled Under:

Rupanya Ramai Pelanggan Dia Tak Tahu Doktor Gigi Ini Belajar Pasang Braces Pakai Youtube Ajer

Rupanya Ramai Pelanggan Dia Tak Tahu Doktor Gigi Ini Belajar Pasang Braces Pakai Youtube Ajer

Baru-baru ini terpampang di dada akhbar tempatan kisah seorang gadis berumur 21 tahun menjalankan perkhidmatan memasang pendakap gigi palsu (fake braces) dengan hanya belajar melalui Youtube serta meminta pendapat dari teman-temannya. Umum merasakan tindakan gadis tersebut berbahaya kerana bertindak sebagai dentist tidak bertauliah.
debtist%2Be.jpg
debtist%2Be.jpg
Namun, sedarkah kita fake braces itu sendiri sangat berbahaya dan tidak patut digunakan? Nah, baca penjelasan dari doktor gigi bertauliah tentang perkara ini.
1- Braces yang dipasang oleh pihak yang tidak bertauliah
Bila saya cakap pasal kelayakan. Ada yang bising. kenapa nak ekslusif sangat doktor gigi sampai dia sahaja boleh pasangkan braces, dan orang lain tak boleh pasang ? Meh abang nak cerita. Abang ni doktor gigi biasa pun tak layak nak pasangkan braces, apatah lagi orang awam biasa yang belajar dekat youtube. Untuk pengetahuan semua, di dunia ini, hanya Doktor Gigi Pakar Ortodontik sahaja yang layak untuk memasangkan braces dalam mulut pesakit. Bila kita kata pakar, maksudnya, doktor gigi tu dah sambung peringkat advance. ataupun ambil.Dia bukan setakat ambil degree macam saya sahaja. Samada sambung master ataupun ambil shortcourse yang diiktiraf, dalam kepakaran ortondontik ( baca: Braces ). Dalam apa pun bidang yang anda belajar, anda tahu kalau seseorang tu dah belajar tahap master. Advance macam mana yang si folan itu dah pergi ?
Nak tanya ni, sanggup tak nak naik kapal terbang yang dipandu oleh so-called pilot , yang belajar terbang hanya dalam youtube ?
2- Braces itu bukan sekadar menggayakan besi atas gigi.
Menurut mata kasar, kita tengok braces ini ibarat wayar-wayar biasa yang melekat dekat gigi-gigi si pemakai. Menurut mata youtube pulak, proses pemasangan braces pula adalah pemasangan wayar yang boleh D.I.Y sendiri di rumah, cukup sekadar mendapatkan barang-barang aksesori braces yang boleh diborong dari China secara online.
Menurut kaca mata doktor gigi pula, braces adalah satu teknologi khas yang dicipta bukan sekadar mengikat gigi dengan wayar-wayar besi, malahan ia adalah satu proses mengaturkan gigi dan gusi kembali pada kedudukan yang sepatutnya, agar membolehkan seorang itu dapat makan minum, bercakap, dan bermasyarakat dalam keadaan yang lebih sempurna & meyakinkan.
Bagi mengatur pergerakan gigi dan gusi dalam mulut pesakit, doktor gigi seharusnya mengambil x-ray, dan acuan gigi mulut pesakit terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan. Setiap pergerakan gigi harus dirancang secara detail, bagi mengelakkan kecelakaan berlaku sekiranya tersilap rancang. Jika ruang antara gigi terlalu sempit, ada gigi yang terpaksa dikorbankan, dicabut untuk memberi ruang pada gigi lain untuk bergerak. Jika ruang antara gigi terlalu besar, doktor gigi harus merancang alternatif untuk menutupi ruang-ruang yang terbuka.
Setiap manusia mempunya bentuk, jumlah, aturan gigi yang berbeza-beza, menghampiri perbedaan cap jari kita semua. Apakah sekadar menonton youtube yang hanya memaparkan rakaman untuk menyusun satu jenis set gigi, boleh memandaikan seseorang untuk menyusun beribu-ribu jenis set gigi yang lain ?
3- Perosak gigi dan gusi
Ironinya, fake braces ini mampu merosakkan gigi dan gusi anda.
“ Tapi customer fake braces ni tak pernah complain pun ? “ terbaca beberapa komentar di ruang facebook.
Memang lah tak pernah nak complain. kalau setakat pakai seminggu dua. Memanglah belum ada lagi complain. Kesan fake braces ini tidak makan masa sehari dua. Cuba tunggu lagi setahun dua. Kalau lagi kasihan lepas 6 bulan dah nampak. Tengoklah betapa sengsaranya pemakai-pemakai fake braces ini akan datang kepada kami, doktor gigi, mencari bantuan.
Time tulah ada yang complain gigi Lari. gigi longgar, gusi bengkak, gusi berdarah dan macam-macam lagi.
Disaat itu, tiada apa yang boleh kami selamatkan, melainkan dengan cabutan. Masa ni lah pesakit akan mula menitiskan air mata dengan kekesalan atas kejahilan diri suatu ketika dahulu.
Apabila ditanya kenapa tak jumpa ‘doktor’ yang pasangkan braces tu. Patient pun balas, ‘doktor’ tu suruh pergi dekat doktor lain
‘doktor fake braces ‘ pandai buat tahi, tapi minta kita pula bersihkan tahi dia.
Ini cerita betul. Cerita yang boleh dijumpai dekat mana-mana klinik gigi (bukan Hotel Gigi ye ! ).
4- Pembaziran wang ringgit.
Masalah masyarakat kita adalah mereka terlalu cepat terpedaya dengan skim cepat kaya & benda yang murah. Saya taknak cakap pasal Skim Cepat Kaya, cuma saya nak cakap benda yang murah. Jujur, Siapa tak suka murah ? saya pun suka murah. Semua orang mahu jimat, kalau dapat jimat.
Tetapi, dalam kita sibuk berjimat, kita juga dipertanggungjawabkan dengan akal fikiran, untuk kita mengkaji dan selidik, setiap perbelanjaan yang kita buat.
Nak tanya, pernah tak anda bayar kepada seseorang untuk merosakkan sesuatu ?
Sedangkan kerja merosakkan itu adalah kerja mudah yang tidak perlu pada pembayaran.
Dalam hal fake braces, anda umpama telah membayar fake doktor ini untuk merosakkan gigi anda. Sedangkan anda boleh merosakkan gigi anda sendiri secara percuma ?
Harga braces yang betul di klinik pergigian swasta sekarang dalam range 4k-6k mengikut kawasan dan negeri. Kalau fake braces pula, anda boleh dapat serendah RM600-800 sahaja.
Cuba bayangkan betapa ketaranya harga yang ditawarkan. Too Good To be true bukan?
Mana yang anda nak pilih, bayar 4k untuk cantikkan gigi, atau bazirkan 800 untuk rosakkan gigi ?
5. Kematian
Ramai yang memandang enteng akan kesan kerosakan gigi dek fake braces yang boleh mengakibatkan kematian.
Dekat Malaysia setakat ni memang takda laporan yang mengatakan tentang kematian berpunca fake braces ini.
Tapi dekat negara lain seperti Thailand, sudah ada kes yang dilaporkan.
Untuk penjelasan lanjut, boleh rujuk link dibawah
Dikesempatan ini, kepada mereka yang mempunyai impian untuk jadi doktor gigi, saya alu-alukan sangat kalian untuk menyertai kami. Kami tak pernah sama sekali menyekat mana-mana pihak untuk menyertai kami. Kami lagi suka kalau ramai lagi orang yang boleh bantu kami mengukir senyuman pada mulut orang ramai.
Cuma untuk menyertai kami, pastikan lah anda berada di dalam saluran yang betul. Dunia pergigian bukanlah seperti dunia lukisan, tidak cukup sekadar minat & bakat. Jika anda rasakan anda berminat & berbakat, anda boleh belajar bersungguh-sungguh, dapatkan keputusan yang selayaknya, mohon masuk bidang pergigian di mana-mana universiti yang menawarkannya. Belajar rajin-rajin. Kalau nak jadi doktor, habiskan 5-6 tahun dekat universiti dengan jayanya. Lepas tu nak tolong orang, tolong lah. Kalau rasa nak jadi doktor pakar braces, pergi sambung belajar lagi 4 tahun untuk Master.
Dalam profesion pergigian, tidak terbatas pada karier doktor gigi sahaja, kami juga memiliki Juruterapi Pergigian, Pembantu Surgeri Pergigian, Juruteknologi Pergigian, dan macam-macam lagi. Jawatan berbeza, Skop Kerja berbeza. Tapi Matlamat hanya satu, untuk memastikan kesihatan gigi dan mulut orang ramai !
Sesiapa yang berminat nak sambung belajar dalam dentistry, tapi tak tahu cara dia macam mana. Boleh hubungi saya terus. Saya dan kawan-kawan lain akan cuba bantu inshaAllah.
Cuma satu, janganlah belajar dekat youtube untuk pasang braces dekat gigi orang lain. Belajar benda-benda lain takpe. tapi bukan sesuatu yang membahayakan orang lain okay ?
Sekian.
Najib Daud
Tukang Gigi Bertauliah.




0 comments:

Post a Comment