Friday, 9 September 2016

Filled Under:

SUBHANALLAH….Wartawan AUSTRALIA Ini Menceritakan Bagaimana Beliau Memeluk ISLAM Setelah Datang Ke MALAYSIA!!!

SUBHANALLAH….Wartawan AUSTRALIA Ini Menceritakan Bagaimana Beliau Memeluk ISLAM Setelah Datang Ke MALAYSIA!!!

peluk-islam
Sebelum ini wartawan Australia, Sarah Price sering kali beranggapan masyarakat Asia Tenggara sama seperti Arab di Timur Tengah mengenakan pakaian hitam kerana ditindas.
Namun, selepas kedatangannya ke Malaysia untuk sesi pertukaran pelajar membuatnya membuka mata tentang cara hidup dan persekitaran masyarakat Islam di sini.
Bagaimanapun, Sarah tidak langsung memeluk Islam ketika berada di Malaysia sebaliknya hanya melafazkan syahadah sebaik berada di negara kelahirannya.
Menurut Sarah, selepas pulang ke negara asalnya beliau terus mendalami agama Islam melalui beberapa rakannya.
“Perjalanan ke Malaysia pastinya menjadi asas bagi penukaran saya kepada Islam. Saya pergi ke sana selepas memutuskan untuk sesi pertukaran pelajar dan tidak sama sekali membayangkan pengembaraan gila saya ini mendedahkan diri saya kepada perkara yang tidak pernah saya dilihat sebagai seorang gadis Australia dari bandar kecil di Gippsland,” kata Sarah.
Kisah beliau itu dikongsi melalui tulisannya di portal berita Yahoo! NewsSingapura hari ini.
“Saya tidak memeluk agama Islam di Malaysia – saya memeluk agama Islam selepas setahun setelah diperkenalkan dengan keindahan Islam dan cara mengesakan Allah,” tegasnya.
Malah, menurut Sarah beliau tidak didedahkan tentang pengetahuan agama Islam sebelum ini.
“Sebelum ke Malaysia, saya tak tahu apa-apa tentang Islam. Saya tidak pernah bertemu dengan seorang Muslim dan saya selalu berfikir umat Islam memakai pakaian hitam seperti yang berlaku negara Timur Tengah,” katanya.
Hak wanita dalam al-Quran
Sarah juga pada mulanya menyangka kaum wanita Islam di negara ini ditindas dan amat jauh ketinggalan daripada ‘tamadun’ manusia.
“Saya fikir wanita Islam ditindas. Mereka tidak boleh pergi ke mana sahaja tanpa suami mereka, malah mereka juga tidak boleh mempunyai kerjaya, dan terpaksa memakai hitam sepanjang masa.
“Pandangan saya meleset sama sekali apabila saya tiba di Malaysia. Sebaliknya saya mendapati gadis Islam di Asia Tenggara Islam sangat cantik dengan hijab berwarna-warni pada pakaian mereka. Malah, ramai daripada mereka pergi ke universiti dan mempunyai pekerjaan,” ujar Sarah.
Kata Sarah, ekoran daripada itu beliau jatuh hati pada agama Islam lebih-lebih lagi selepas beliau ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam.
“Saya mahu belajar lebih lanjut mengenai agama Islam, mata dan minda saya telah terbuka apabila sebagai pelajar kewartawanan saya ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam. Itu adalah permulaan segala-galanya.
“Fikiran saya tiba-tiba penuh dengan pengetahuan tentang Islam dan hakikat bahawa wanita mempunyai banyak hak dalam Islam! Wanita Islam secara undang-undang telah diberikan hak-hak (termasuk perceraian, hak tanah, hak-hak kewangan, hak untuk memilih siapa yang berkahwin, dan lain-lain) dalam al-Quran dan Hadis beratus-ratus tahun sebelum wanita Barat memenangi hak yang sama,” jelas Sarah.
Jelas Sarah lagi, keinginan memeluk agama Islam bertambah kuat apabila beliau melangkahkan kaki ke masjid dan mendengar seruan azan.
“Kali pertama saya melangkah masuk ke dalam sebuah masjid di Malaysia, saya rasa sangat tenang dan damai.
Tunduk ke arah kaabah
Seruan azan juga sangat menyentuh hati saya dan perasaan yang mana apa yang saya rasakan ini begitu berbeza dari sebelum ini.
“Apabila saya mula-mula menundukkan kepala saya ke arah Kaabah, saya merasakan ia begitu dekat dalam hati saya,” kata Sarah.
Bagaimanapun ujar Sarah, mendekati dan menganuti agama Islam ini bukan sesuatu yang mudah.
Apatah lagi bagi seorang pengikut setia agama Kristian ini.
“Memeluk Islam bukan sesuatu yang mudah. Saya telah menerima pelbagai ujian di mana saya hilang kawan dan pekerjaan serta berdepan dengan situasi yang sukar bila berdepan dengan keluarga.
“Kristian sebenarnya adalah agama yang paling dekat dengan Islam, bukan sahaja dari segi teologi tetapi juga sejarah. Terdapat banyak salah faham tentang apa yang Islam ajar tentang agama Kristian.
“Satu-satunya perbezaan antara Kristian dan Muslim adalah bahawa kita mengambil Isa sebagai nabi dan menyembah Allah. Islam mengajar mengesakan Allah, dan menyembah Allah semata-mata dan kami percaya bahawa Isa mengajar sendiri perkara ini.




0 comments:

Post a Comment