Sunday, 11 September 2016

Filled Under:

PELAKON cantik Elfira Loy kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Cheras, Kuala Lumpur akibat sakit gastrik.

PELAKON cantik Elfira Loy kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Cheras, Kuala Lumpur akibat sakit gastrik. 


Jangkitan Kuman, Elfira Loy Masuk Hospital

Elfira yang dimasukan wad sejak Khamis memberitahu, dia awalnya merasa sakit perut sebelum pergi ke hospital berkenaan untuk membuat pemeriksaan.
A photo posted by 22 | Malaysian (@elfiraloy) on 
“Saya sepatutnya dimasukkan ke wad pada waktu itu juga, tetapi saya meminta pelepasan daripada doktor untuk hadir ke satu majlis terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, ketika berada di majlis itu, sakit perut semakin menjadi-jadi dan saya terus dibawa ke hospital berkenaan. Saya kemudian terpaksa ditahan di wad kira-kira jam 9 malam,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Elfira memberitahu, doktor memaklumkannya gastriknya menjadi teruk disebabkan sudah dijangkiti kuman.
“Kalau gastrik biasa, kebiasaannya tidak akan ditahan lama di wad terlalu lama tetapi disebabkan ada jangkitan kuman, saya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor juga belum memaklumkan bila saya boleh dibenarkan pulang. Apa pun, semuanya bergantung kepada keadaan kesihatansaya,” katanya.
Kita doakan, semoga Elfira cepat sembuh dan kembali melakukan aktiviti seharian seperti biasa




0 comments:

Post a Comment