PERCAYA atau tidak, peristiwa ini benar-benar terjadi. Seorang wanita yang sukar hamil terkejut besar apabila satu ketulan besar berbau busuk keluar dari rahimnya setelah menerima rawatan berbentuk ruqyah.
Pengalaman misteri yang dialami wanita berkenaan diceritakan sendiri oleh seorang pengamal perubatan Islam, Zaihan Johari.
Menurut beliau, wanita berkenaan sebenarnya menunggu untuk hamil sudah 5 tahun namun masih tiada sebarang berita gembira.
Lebih pelik, doktor yang merawat wanita berkenaan tidak dapat mengesan sebarang penyakit yang boleh menjadi punca permasalahan itu.
Allahmdulillah, setelah melakukan rawatan ruqyah, ketulan berbentuk seakan-akan uri itu keluar dengan ‘izin-NYA’.
“Dengan izin Allah ‘benda’ ini berjaya dikeluarkan dan pesakit terus lega daripada rasa kesakitan di dalam rahimnya dan pihak doktor terus membatalkan proses pembedahan untuk membuang rahimnya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zaihan turut menyifatkan ketulan tersebut berasal daripada gangguan jin.
“Ia seakan-akan uri tapi bukan. Sebesar tapak tangan. Bau yang sangat busuk. Ia asal daripada gangguan jin,” kata beliau lagi.
Pada masa yang sama, Zaihan turut berharap pesakitnya itu dapat menimang cahaya mata selepas ini.
Boleh sya tahu perubatan Ni dekat mana
ReplyDelete