Menurut ulasan buku bertajuk Profesion Keguruan: Peranan Etika Kerja Dalam Mendisiplinkan Pelajar yang disiarkan di laman Utusan Malaysia, pelbagai kajian yang telah dilakukan dan mendapati bahawa, faktor utama masalah disiplin pelajar berpunca dari guru.
Profesion Keguruan: Peranan Etika Kerja Dalam Mendisiplinkan Pelajar |
Sikap guru yang suka berleter juga turut mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Pelajar akan mencari tempat sesuai untuk melepak seperti premis hiburan bagi menghabiskan masa sehingga sesi persekolahan tamat.
Satu lagi sifat guru yang tidak disukai pelajar adalah mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar semasa memarahi mereka, selain mengenakan hukuman rotan boleh membuatkan timbulnya perasaan benci pelajar pada guru, seterusnya menyebabkan mereka ponteng.
Meskipun begitu, buku itu juga memberikan langkah-langkah bagaimana menangani masalah pelajar ponteng dengan memperkenalkan kaedah pengajaran yang menarik, yang boleh menimbulkan rasa minat dan teruja para pelajar.
- Kaedah pengajaran menarik membuatkan pelajar sentiasa menantikan waktu mata pelajaran tersebut. Pelajar tidak bosan untuk belajar, bahkan merasakan sesi pembelajaran berlalu dengan begitu cepat. Guru harus memastikan pelajar memahami apa yang telah diajarnya dalam kelas.
- Guru perlu mengelak memberi kerja sekolah terlampau banyak sehingga pelajar tidak dapat menyiapkannya. Pelajar tidak akan membuat kerja yang mereka sendiri tidak faham untuk melakukannya.
- Guru seharusnya berusaha mewujudkan hubungan baik dengan semua pelajar tak kira mereka pandai atau sebaliknya. Elakkan amalan pilih kasih antara pelajar kerana tindakan itu akan menyebabkan ada yang merasakan diri mereka disisihkan.
Bagaimanapun, reaksi warga pendidik di media sosial, tidak bersetuju dengan dakwaan kononnya guru sebagai punca masalah disiplin pelajar.
"Terang-terang memang salah guru sebab guru hanya kerja mengikut waktu yang ditetapkan oleh KPM dan hanya makan gaji. Sepatutnya murid-murid duduk dengan guru di sekolah 24 jam. Dari bangun pagi sampai tidur dan sehingga mereka melangkah ke alam pekerjaan. Sekolah jadi seperti asrama. Ibu bapa di rumah hanya berfungsi buat anak dan bela sampai cukup waktunya untuk dihantar tinggal dengan guru sehingga habis universiti.
"Selepas itu, barulah ibu bapa akan berteirma kasih kepada guru-guru sebab nampak keberhasilan dan kemenjadian anak-anak mereka setalah dihantar ke sekolah. Selamat duit, masa dan tenaga mereka. Sebab sememangnya guru dibayar oleh pihak KPM untuk melatih anak-anak mereka bagi membimbing, mendidik, membelai, memanjakan dan memberi apa-apa yang patut untuk anak-anak mereka seperti duit makan minum belanja KFC bila murid berjaya dalam sesuatu peperiksaan atau pertandingan yang disertai.
"Sediakan buku dan alat tulis yang selalu terlupa bawa, habis, patah, rosak atau hilang, telefon pintar atau gajet untuk merakam apa-apa yang murid rasa patut dan dikirim kepada ibu bapa atau diviralkan di media sosial. Jangan cakap tentang murid yang jahat atau tidak berdisiplin sebab murid sekarang memang kebal dan dilindungi oleh pelbagai akta," kata Nordin Mohamed Al-Sabah.
0 comments:
Post a Comment