Thursday, 8 September 2016

Filled Under:

Sedihnya Keadaan Yang Dialami Oleh Adik Ni...'Ini Saja Kasut Sekolah Yang Saya Ada...'

Sedihnya Keadaan Yang Dialami Oleh Adik Ni...'Ini Saja Kasut Sekolah Yang Saya Ada...'


KUALA LUMPUR - Sayu melihat tiga gambar yang dimuat naik oleh Wan Haswari Wan Ahmad yang tersebar di media sosial. Di kala remaja seusianya memakai kasut yang sempurna ke sekolah, namun dia pula tiada pilihan untuk terus memakai kasutnya yang sudah rosak teruk. 

"Pelajar rajin, kerja sekolah siap. Pergi ke sekolah, berjalan kaki selama 30 minit. Juga pernah menang acara merentas desa. Kasutnya rosak mungkin akibat banyak berjalan. 

"Dan kita masih boleh makan sedap-sedap tanpa menoleh kiri kanan, dan kita berdoa dengan Tuhan supaya Tuhan memakbulkan doa kita. Sedangkan kita tidak sedar bahawa, ada insan yang memerlukan, sedang menunggu doanya dimakbulkan," kata Wan Haswari. 



Siapa yang sanggup melihat anak bangsa terus memakai kasut rosak seperti ini. Gambar yang dimuat naik itu saja telah mendapat 7,169 perkongsian di Facebook yang rata-ratanya mahu menghulurkan bantuan. 

Namun niat untuk membantu tersekat kerana Wan Haswari masih belum mempunyai maklumat lengkap mengenai remaja berkenaan. 

Bersyukurlah wahai anak-anak zaman sekarang yang serba serbi lengkapnya kamu dihantar ke sekolah berbanding remaja ini yang tidak begitu baik nasibnya. 

Jangan salahkan pihak sekolah, mungkin mereka terlepas pandang akan masalah yang dihadapi oleh pelajar ini. 

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini, sila kongsikan bersama agar dapat disampaikan bantuan kepadanya. 




0 comments:

Post a Comment