'Saya Tak Mahu Buat Kerja (GRO) Ini Lagi...'Luahan Hati Seorang Anak Perempuannya Yang.....
Menangis dengar kisah seorang sahabat dari US. Dia cuma tinggal bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai GRO di sebuah kelab. Hidup dia dan anaknya terlalu bebas. Satu hari, dia terpikat dengan jemaah yang sedang buat dakwah di masjid.
Masuk saja ke dalam masjid dan dengar kebesaran Allah. Dia menangis teresak-esak seorang diri.
"Ustaz, macam mana anak saya, GRO, dia tahu perangai saya buruk, degil dan jahat. Dia pasti tak akan dengar cakap saya," soalnya.
"Cuba hidupkan Ta'lim dalam rumah," kata ustaz tadi.
"Tetapi anak saya tak ada masa langsung di rumah. Tak sempat dan pasti dia tak nak dengar," katanya.
"Cuba fikir, bila masa dia ada," kata ustaz.
Lalu lelaki itu teringat, anak perempuannya itu selalu mengambil sedikit masa yang lama ketika berada di depan cermin make up. Memang dia mengambil yang sangat lama untuk bersiap sebelum keluar ke kelab. Macam-macam lelaki datang ke rumah. Dia sedih bila teringat keadaan anaknya.
Dia mulakan bacaan Ta'lim di sebelah anaknya. Tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu perlahan. Tetapi, anaknya buat tak tahu saja.
Selang beberapa minggu, anaknya tetap sama. Buat tak tahu dan seperti tiada kesan langsung dari usahanya itu. Apatah lagi mendengar nasihatnya. Lalu dia mulai berputus asa dan keesokkannya dia berhenti baca Ta'lim.
Semasa anaknya sedang bersolek, tiba-tiba anaknya bertanya.
"Kenapa ayah tak baca hadis?"
"Kamu bukan dengar pun," balas ayahnya.
"Setiap hari saya sedih. Hari ini saya sudah membuat keputusan untuk berjumpa dengan boss dan tidak mahu buat kerja ini lagi. Saya mahu mendekatkan diri dengan Allah," kata anaknya.
Ayahnya menangis dan mereka berdua menangis.
Itulah Nur Al-Quran dan kesan hadis Nabi saw. Itulah bila hidayah menyapa. Lebih mahal dan bahagia dari segala perkara dalam dunia ini. Hidayat itu lebih mahal dari segalanya
0 comments:
Post a Comment